Jimatkan wang anda! Rentikanlah makan makanan tak berfaedah.
Salam ke atas saudara dan sahabat taulan saya sekalian.
Adapun posting kali ini suka saya menganjurkan agar kita2 orang Melayu fikir2 dan berjimatlah dalam berbelanja khusus apabila melibatkan pembelian makanan2 yang tidak berfaedah. Saya ambil contoh apabila ingin membeli makanan untuk keluarga kita, belilah makanan yang berkhasiat. Makanan yang bukan dari jenis ready made, faham2 lah maksud saya. Kalau saya letakkan brandingnya karang xpasal2 kena saman pulak!!!
Tetapi sebagai nasihat dan kesiankan orang Melayu, makanlah makanan daripada punca yang segar, elakkan menyimpan makanan segar terlalu lama di dalam peti ais, ish..susah pulak kalau nak baca begini, senang baca amalkan seperti berikut:
1. Beli bahan mentah yang segar / fresh!
2. Elakkan menyimpan makanan lama di dalam peti ais.
3. Elakkan memanaskan makanan berulang kali.
4. Sediakan makanan mengikut portion / bahagian untuk sekali makan sahaja.
5. Lebihan makanan sedekahkan sahaja kepada binatang ternakan.
6. Elakkan menggunakan pemanas makanan berkongsepkan 'gelombang mikro'.
7. Kurangkan penambah perisa ehem ehem.
8. Beli makanan yang berkhasiat.
9. Kurangkan beli makanan2 merapu dan ready made.
10.Kalau mampu, tanam sendiri sayur dan awas2 masakan spt.serai, halia dll.
11.Ada ruang, ternaklah ayam dan ikan sendiri.
12.Jimat berbelanja okays!
13.Fikir dahulu sebelum beli..!
14.Makan makanan segar, makan makanan segar, makan makanan segar!
15.Makanlah ayam atau daging atau apa sahaja yang halal serta yang paling utama ternakan tersebut hidup secara semulajadi, haiwan2 yang hidup dengan mencari makanannya sendiri, bukan haiwan yang digemukkan... ehehehe, ada faham? Sebabnya?
Begini sebabnya:
1. Haiwan2 yang dimakan oleh kita sebenarnya membentuk karekter kita.
2. Perhatikan begini : Ayam yang diternak secara besar2an, lazimnya ayam tersebut dikurung dalam sebuah rumah yang besar, ayam tersebut 'dungu' kerana tidak tahu apa jadi di dunia luar, ayam tersebut tak exsercise spt lari keliling kampung, hingga menjadikan ayam tersebut menjadi ayam yang pemalas kerana makannya pun ditanggung, tidurnya diganggu, tidur xcukup jam sebab penternak akan mengejutkan ayam di malam2 hari untuk 'memaksa' ayam2 ini makan supaya cepat gemuk, ayam tersebut jangan kata ayam dara! ayam tersebut berumur 'budak kecil'lagi sebenarnya kerana baru berumur 40 hari semasa disembelih. Pesan orang tua2, makanlah ayam yang berumur 100 hari keatas kerana ayam itu sudah matang dan 'akil baligh'. ehehehe...
Kesimpulannya :
Sebab itu manusia sekarang menjadi pemalassss, gemukkkk, susah nak tidur malammm, tak suka beriadahhhh, mementingkan tembolok sendiri dan bla bla bla (banyak sesangat)
Renung2kanlah ya sahabat2 semua. Selamat Berbelanja!
silatpanglimakasim.blogspot.com
Ahad, 30 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan